Apa itu MyTPA?
Ia merupakan satu perkhidmatan pengurusan tuntutan bayaran bagi perkhidmatan panel klinik terhadap pelanggan korporatnya.
Bagaimana MyTPA berfungsi?
MyTPA beroperasi menerusi capaian internet dengan aplikasinya beroperasi dalam format pengaturcaraan maya samada pangkalan datanya mahupun perisiannya. Pelanggan perkhidmatan & Panel Kliniknya akan merekodkan aktiviti rawatan dan preskripsi ubatan serta membuat tuntutan bayaran secara maya menerusi internet.
Apakah objektif MyTPA?
- Memastikan tuntutan bayaran perkhidmatan panel klinik dibayar dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan diperbuat oleh panel tersebut.
- Memastikan kaedah rawatan pesakit dan ubat-ubatan yang dibekalkan menepati keperluan pesakit mengikut kadar ditetapkan.
- Menyediakan satu aplikasi mudah-alih mobiliti rujukan bagi setiap urusan melibatkan perkhidmatan MyTPA untuk kemudahan pelanggan.
- Memberikan pilihan panel klinik yang banyak diserata Malaysia.
- Memastikan aplikasi MyTPA senantiasa menepati kehendak semasa ditetapkan oleh KKM dan seterusnya mesra pelanggan.
- Menyediakan perkhidmatan sistematik dan tiada caj terselindung kepada panel klinik dan pelanggan korporat.
Apakah keistimewaan MyTPA?
- Mesra pelanggan dan mudah diakses dimana jua lokasi dan masa memandangkan sistem sokongan disediakan menerusi platform mobiliti.
- Menyediakan bahan e-rujukan berkenaan penyakit-penyakit kronik dan symptomnya untuk bacaan pengguna.
- Tuntutan bayaran dijamin diselesaikan dalam tempoh 30 hari selepas tuntutan diperbuat.
- Fleksibiliti kepada panel klinik untuk membuat preskripsi ubatan dan rawatan pesakit.
- Menyediakan kaedah pembayaran yang lebih efisien menerusi sistem e-wallet samada untuk tambah-nilai prabayar atau bayar kemudian.
Apakah khidmat sokongan MyTPA?
- 24 jam sehari sistem MyTPA boleh diakses menerusi PC Komputer, Telefon Pintar atau Tablet Pintar.
- Satu unit Panel Penasihat MyTPA telah diwujudkan terdiri daripada Doktor-Doktor bertauliah, pengamal undang-undang dan akauntan bertauliah.
- 24 jam sehari sistem aduan dibuka secara ‘online’ menerusi www.mytpa.my
- Mempunyai kakitangan teknikal khas bagi mengawal-selia dan menyelenggara sistem sepanjang masa.
Dimanakah perkhidmatan MyTPA boleh didapati?
Pada masa ini kira-kira 1,400 Panel Klinik telahpun berdaftar dengan perkhidmatan MyTPA di seluruh Malaysia termasuklah di Sabah, Sarawak dan Labuan. Ini dilaksanakan dengan kerjasama pihak PERDIM. Selain itu kami telah melantik rakan-strategik iaitu pihak Pantai Premier Pathology bagi menganalisis sampel pesakit seliaan MyTPA.
Pelan peningkatan taraf MyTPA,
Kami juga dalam proses peningkatan taraf perkhidmatan MyTPA ke peringkat FASA 2, iaitu penyeliaan perkhidmatan tuntutan bayaran bagi pesakit dirujuk ke hospital panel MyTPA dan penyediakan perkhidmatan e-servis berkaitan.
Apakah kaedah pembayaran perkhidmatan?
Kami menyediakan 2 opsyen bayaran perkhidmatan MyTPA kepada Pelanggan Korporat kami iaitu:-
- Sistem Pra-Bayar (Prepaid) dengan caj perkhidmatan sebanyak 3.5% per transaksi perkhidmatan.
- Sistem Bayar Kemudian (Postpaid) dengan caj perkhidmatan sebanyak 3.5% ditambah dengan caj fasiliti perbankan (BR) bagi pembayaran balik melebihi 30 hari daripada tarikh tuntutan bayaran.
Siapakah penyedia perkhidmatan MyTPA?
Kami adalah Serba Dinamik IT Solutions Sdn Bhd (SDIT) sebuah syarikat milik penuh Serba Dinamik Holdings Berhad iaitu sebuah syarikat senaraian awam di Bursa Utama Malaysia. Kami memiliki kepakaran tenaga teknikal, pengatur-cara sistem dan kumpulan sokongan perkhidmatan kumpulan melebihi 1,000 orang pada masa ini. Serba Dinamik Holdings Berhad telah mencatatkan nilai saham semasa di Bursa Malaysia mencecah RM5.0 billion pada penghujung Februari 2018.
Bagaimanakah cara untuk mendaftar sebagai panel klinik & pelanggan perkhidmatan MyTPA?
Anda boleh mendaftarkan Klinik anda sebagai Panel Klinik MyTPA dengan memuat-turun borang pendaftaran MyTPA dan terma perjanjian sebagai Panel Klinik. Isikan segala maklumat secara manual bertulis dan tandatangani ruang disediakan, kemudiannya imbas dan emelkan kembali kepada kami di alamat emel > [email protected].
Apakah syarat kelayakan untuk menjadi panel klinik MyTPA?
Klinik yang ingin berdaftar sebagai penyedia perkhidmatan Panel Klinik MyTPA hendaklah mempunyai no. Perakuan Amalan Tahunan (APC) dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan bersetuju menandatangani perjanjian perlantikan sebagai panel klinik MyTPA yang disediakan. Dokumen pendaftaran panel klinik dan perjanjinan ini akan dikirimkan secara terus menerusi email pemohon atau diperolehi secara fizikal daripada sekretariat MyTPA.
Apakah syarat kelayakan bagi permohonan pelanggan korporat perkhidmatan MyTPA?
Syarat minimumnya, syarikat atau organisasi hendaklah memiliki tenaga kerja yang sah seramai 100 orang ke atas. Dan perniagaan atau organisasi adalah berdaftar dengan SSM, ROS atau SKM di Malaysia.
Siapakah rakan kerjasama strategik MyTPA?
Pada masa ini, SDIT telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) yang menawarkan para ahlinya yang kira-kira 1,400 pengamal perubatan swasta (GP) yang beragama Islam untuk menjadi penyedia perkhidmatan Panel Klinik MyTPA diseluruh Malaysia.
Adakah MyTPA berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?
Sukacita dimaklumkan bahawa perkhidmatan MyTPA berdaftar sebagai Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO) ia adalah tertakluk kepada peruntukan-peruntukan berkaitan di bawah Bahagian XV, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 (Akta 586), Kementerian Kesihatan Malaysia.
Click to set custom HTML